Friday, August 13, 2010

Updating Blog

mood: sleepy, tired
location:
activity: watching tv & currently updating blog

Ya ALLAH, lamenya aku dah tak update blog aku nie. Last time aku update bende nie pown thn lalu. 2010, ni la pertama kali ak update untuk tahun ini. Actually,mmg xde mood nak update dah blog nie. Tapi di sebabkan seseorang aku aktifkan blik.hahahaha... Hari ni dah genap 2 hari umat islam bpuasa dan tidak lambat sekiranya aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua orang yang berpuasa tidak kiralah islam atau pun tidak... :-)

Kali nie aku nak cerita ttg latest movie yang aku tengok kat pawagam.
Sorilah aku nie kaki wayang ckit.hahahaha...... Last week(8/08), aku ngan kazen aku gi tgk wayang...Mls cter lg.hahaha.tgk jela details bwh...

Tarikh; 08/08/2010
Tempat; GSc Signature Garden
Movie; The last Airbender


yang bestnya ttg aritu 1st tym untuk aku tgk kat gold glass...hahahahaha
Blh tdo lg.siap ada pelayan...hahahha



Saturday, October 10, 2009

7.10.2009

7.10.2009

That was the last tym meet with my friend b4 there are going to Bangalore, India.
thanx to all my frenz......


Sekitar KLIA:

Sunday, July 19, 2009

INSAN TERISTIMEWA......


Erm,ntahla napa tergerak hati nak post bende nie
Kalo nak diikutkan byk lg bende len blh buat
hahahaha
Tp ingatlah, kita hidup di dunia ni hanya sementara waktu sahaja.....
Setiap yg hidup pasti akakn kembali ke pangkuanNYA....

Mungkin kta tidak sedar betapa besarnya kasih sayang pengorbanan seorang ibu dan ayah yg membesarkan kita, sebaliknya sntiasa mengharapkn ha
rta yg diberikan......
Bla di imbas kembali terlalu byk yg telah ayah dan ibu kita lakukan sehinggalah ita berjaya..
Tidak ada yg di minta oleh mereka melainkan kejayaan kita...

Saat kita susah, mereka lah byk menolong kita...
Memberi kata-kata semangat
Sentiasa berdoa siang mlm tnpa kita sendri sedari
Balasannya, apabla kita senang, kita langsung lupa akan mereka

Pernhkah kita pikir ttg hajat mereka?
Pernhkah kita pikir ttg keperluan mereka?
Pernhkah kita pikir apa yg mereka inginkn dri seorg anak?
dan pernhkh kita pikir betapa sshnya mereka membesarkn kita?

JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI.....

Mungkin hari ini Hari terakhir kita bersama mereka,
Ataw mungkin juA esok, lusa atau lain hari....

Smentara masa masih ada,
Minta ampun dan maaf,
Jagalah mereka dengan baik sebagaimana mereka membesarkan kita,
Mohonlah restu keberkatan dripada mereka,
Ingatlah keberkatan ALLAH juga merupakan keberkatan ibu bapa

Berdoalah kepada ALLAH setiap hari agar ibu bapa kita di panjangkan umo, murah rezeki dan bg yg idup berjauhan bersoalah di beri kesempatan agar dpt bertemu lg......
Kita hidup pun bukanlah lama.......

Thnx to My Beloved Mother n My Greatest Fathe
r in dis World.....
Sori if I have doing something tht make u feel sad....

MY BELOVED MOTHER N THE GREATEST FATHER IN DIS WORLD
AINUNJARIAH BTE.BARIOL N AWANG DAWI IN HAJI AMIN







MU vs MALAYSIA

GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53 ketika ramai menyangka akan dilumat habis-habisan oleh pelawat perkasa itu berpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0.

Tanpa disangka, Malaysia yang dihimpit dalam kotak penalti sejak sepak mula oleh United, berjaya mendapatkan gol yang didahagakan barisan anak buah K Rajagopal apabila Amri akhirnya membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

United membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.




SKUAD

MALAYSIA:
Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah, Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha)

MAN UNITED: Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson

Thursday, July 2, 2009

LATEST....


27 Jun 2009.....
ak ngan member ak(lupa dah sape..hahaha...) gerak gi tgk movie...
Title: Transformers 2:
Revenge of The Fallen
Place: Sunway Pyramid....



KOMEN

GOoD Movie....
Graphic n Effect
filem Yg mmg Gempak gler...
Better than the 1st one...
balance betweenthe action,sad n joke scene...
all that i can say is PI TGK sENDRI....
hahahaha

10/10


1st JulY 2009
ak ngan member ak(HaSbi, Hadinur, Azmi, Hafiz.) gerak gi tgk movie...
Title: Ice Age 3: DaWn of The DinaSours
Place: Sunway Pyramid....



GAMBAR NGAN MEMBER2...
KOMEN

FileM paling lawak skali penah ak tgk...
Rugi x tgk....
MMg best r.hahaha

11/10..
ahaha...


Wednesday, June 10, 2009

PERJUANGAN HAMPIR SELESAI

Hampir setahun masa blalu dan akhirnya hampir selesai perjuangan ak kat MSU, Management n Science Universty...hahahahaha....
11/6/2009 tarikh keramat permualaan ak belajar kat tmpt ni di bawah Centre 4 Foundation Studies,CFS.....
Mcm2 ak bljr kat cni....Dri seburuk2 perkara sehinggalah ke perkara yg lagi besar....
Thnx 2 all my prenz n lecturer.....

Sebagai kenangan.....
Senarai nama lecturer ak.....

SEMESTER 1:
Biology- Miss Fathiah/ Encik Azlan Baharom
Health Science- Puan Noraida/Encik Khairul
English for General Profeciency- Cik Farah Dilaila
Mathematics 1-Miss Syikin/Miss Shuhada
Malaysian Studies- Puan Adlina
Kokurikulum 1- Puan Kamsiah

SEMESTER 2:
Basic Anatomy and Physiology- Miss Fathiah
chemistry 1- Miss Fahdillatu Lela
Physics- Encik Azman
Mathematics 1- Miss Tuan Nurul
Kokurikulum 2- Puan Fatimah

SEMESTER 3:
Chemistry 2- Miss NorFaezah
Mathematics 2- Miss Shuhada
Islamic Studies- Ustaz Herzali
Introduction to computer Science- Encik Vijaya Prasad
English for Academic Purpose- Miss Farah/ Miss nurul Amalina

That2 all.............
Thx to all my prenz also yg byk support dri awal smpi akhir
hahahaha
Hope all of u will success in everything that u do
hahahahhaaha
See u next tym......

Saturday, May 16, 2009

KUMPULAN CERITA LUCU 2

Nie lg antra certa lucu yg best gkla...
menarik perhatian ak...
So,x salah kongsikn
hahahaha.........

Cerita pertama:

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

Cerita kedua:

Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!

Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai.Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.

Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?

Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor: Ya..bagaimana?

Malek: Dia suruh saya potong kaki katil....

Cerita ketiga:

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......

yg len nnti jela....
hahaha
ckpla dlu.....